Perubahan tak perlu diceritakan sangat - Lisa Surihani - Utusan Malaysia

Perubahan tak perlu diceritakan sangat – Lisa Surihani

LISA Surihani memilih untuk mengunci mulut daripada bercerita tentang perubahannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Datin Lisa Surihani, seboleh mungkin enggan terlalu bercerita dan berkongsi secara umum tentang perjalanannya berubah ke arah yang lebih baik.

Jelas pemegang tiga trofi Festival Filem Malaysia ini, setiap manusia yang istiqamah berubah mempunyai perjalanan masing-masing dan dia juga punya cerita yang mahu disimpan untuk diri sendiri.

“Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi setiap orang ada cerita dan perjalanan sendiri. Apatah lagi, jika berkait rapat dengan aspek kerohanian.

“Mungkin ada sedikit rasa dalam diri ini, tetapi bagi saya, ia tidak perlu diceritakan,” katanya.

Isteri kepada pengarah dan pelakon tersohor, Datuk Yusry Abdul Halim itu ditemui ketika tayangan perdana filem Juang yang menampilkan lima pengarah hebat, Aziz M Osman, Osman Ali, Khabir Bhatia, Matt Lai dan suaminya.

Juang yang mengangkat semangat serta pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menempuh fasa awal pandemik membariskan pelakon handalan seperti Zizan Razak, Zul Ariffin dan Janna Nick.

Sementara itu, menjawab isu segelintir netizen yang mendakwa majlis ilmu dihadiri ramai selebriti sebagai acara menunjuk-nunjuk, Lisa berkata, dia menerima jemputan untuk berkongsi dan menambah ilmu agama.

“Setakat ini, saya belum pernah nampak komen sebegitu. Tetapi, menjawab persoalan itu, saya dan rakan selebriti lain dijemput untuk berkenalan dan berkongsi ilmu.

“Itu adalah majlis pengisian untuk kita belajar ilmu agama. Setiap bulan, kita akan bertukar-tukar tuan rumah. Alhamdulillah, ia majlis ilmu yang baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.