Maaf Elisya, saya tak sengaja - Neelofa - Utusan Malaysia

Maaf Elisya, saya tak sengaja – Neelofa

NEELOFA mengakui kesilapan apabila memanggil anak perempuan Elisya sebagai boy.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara yang juga selebriti media sosial, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mengakui, kekhilafannya memanggil anak perempuan pelakon, Elisya Sandha, sebagai boy, baru-baru ini bukan sesuatu yang disengajakan.

Sebaliknya, kata Neelofa, ia berlaku disebabkan kesilapannya sendiri apabila tidak fokus ketika menaip di ruangan komen, meskipun mengetahui pelakon itu baru dikurniakan cahaya mata perempuan.

“Sememangnya itu khilaf saya, jujur ia kesilapan saya. Ketika melihat gambar di akaun Instagram Elisya, saya tahu anak dia perempuan. Tetapi, entah kenapa, mungkin saya tidak fokus ketika menaip komen sehingga tersilap menyebut boy.

“Maaflah, kadang-kadang memang nak terjadi kesalahan. Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip.

“Niat saya baik, cuma mahu komen yang baik pada Elisya dan anaknya, itu sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan dana di aplikasi TheNoor dan platform ECF, Ethis di MranTi, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan aplikasi TheNoor yang dilihat semakin membangun, Neelofa bersyukur sejak dilancarkan pada 2021, aplikasi itu telah meraih lebih 6 juta pengguna di media sosial.

Malah, dia juga gembira jika ada syarikat lain bersama-sama membangunkan aplikasi seumpama itu untuk keperluan dan kemudahan umat Islam.

“Contohnya Mizz Nina yang membangunkan aplikasi Qalby, saya kagum dengan inisiatif itu. Tidak ada istilah bersaing dengan mana-mana pihak kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

“Begitu juga antara aplikasi TheNoor dengan Qalby, masing-masing ada kelebihan. Daripada bersaing benda yang mengarut atau hiburan semata-mata, lebih baik kita buat dan mempelbagaikan perkara yang membawa manfaat kepada orang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya