Kedut? Biarlah saya tua secara semula jadi - Rozita Che Wan - Utusan Malaysia

Kedut? Biarlah saya tua secara semula jadi – Rozita Che Wan

ROZITA tidak takut menempuh hari tua.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan memilih untuk menua secara semula jadi dan menolak sebarang suntikan kecantikan semata-mata kerana mahu kelihatan muda.

Jelas Rozita atau lebih popular disapa Che Ta, semestinya seorang wanita pada usia 49 tahun secara semula jadi akan mula berhadapan masalah kedut, namun itu bukan perkara yang perlu ditakutkan.

“Saya tahu usia hampir mencecah 50 tahun. Saya terima kalau ada orang cakap muka sudah ada kedut. Normal untuk orang seusia saya. Itu lebih baik daripada usia 30 tahun, tapi orang kecam wajah macam 50 tahun.

“Saya memilih untuk menua secara semula jadi. Tak mahu cucuk sana sini. Saya lebih pentingkan kesihatan. Alhamdulillah, saya masih sihat tubuh badan dan boleh bekerja,” katanya.

Sebelum ini, Che Ta menerima kecaman segelintir warganet yang membangkitkan isu kedut pada wajahnya dalam satu gambar yang dimuat naik di sebuah blog, baru-baru ini.

Che Ta juga mendedahkan, dia tidak menjamah sebarang makanan proses selama 15 tahun untuk mengekalkan saiz tubuhnya.

“Saya kurang minum air kosong, sebaliknya lebih memilih air manis. Mungkin sebab saya aktif, tak pernah duduk diam, kesihatan saya masih baik. Dulu sebelum kahwin dengan Zain, saya buat sit up sebanyak 400 kali.

“Saya juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan. Alhamdulillah, semua okey,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya