Kalau nak berdakwah, jangan pilih bulu - Ifa Raziah - Utusan Malaysia

Kalau nak berdakwah, jangan pilih bulu – Ifa Raziah

KENYATAAN Ifa Raziah yang mempertahankan tindakannya bergelek dikecam ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Ifa Raziah berpendapat, pendakwah tidak seharusnya bersikap memilih bulu, sebaliknya perlu adil dalam memberikan teguran untuk kebaikan semua pihak.

Ifa berkata, dia keliru apabila segelintir pendakwah begitu lantang memberikan teguran atau komen melibatkan isu selebriti, namun berdiam diri ketika kontroversi menerpa rakan seperjuangan mereka.

Katanya, sebagai pendakwah, mereka seharusnya mengajak orang melakukan kebaikan dan tidak memilih bulu apabila menegur serta menyampaikan ajaran Islam.

“Apabila ada isu tular melibatkan selebriti, laju saja beri komen seolah-olah saya ini penjenayah dan pembunuh. Tetapi, apabila  ada pendakwah yang buat hal, senyap pula.

“Langsung tiada sebarang ulasan mahupun tarbiah yang dikeluarkan di media sosial mereka. Saya hairan mengapa ada sikap prejudis seperti ini.

“Jika ada niat nak berdakwah, janganlah pilih bulu. Buatlah secara menyeluruh. Itu baru betul dakwah yang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ifa, baru-baru ini dikecam ramai, termasuk ditegur pendakwah kerana mempertahankan tindakannya bergelek ketika membuat persembahan.

Penyanyi itu berkata, gelekan itu yang membawa rezeki sehingga ada pihak yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk sebuah persembahan.

Dalam pada itu, Ifa berkata, sebagai hamba Allah, dia juga berusaha menjaga hubungan dengan Tuhan. Meskipun dipandang hina manusia, Ifa sentiasa berusaha memperbaiki amalan sebagai bekalan pada kemudian hari.

“Tiada siapa yang tahu kedudukan kita pada mata-Nya. Mereka bercakap seolah-olah duduk serumah dengan saya. Mereka ingat saya free hair, saya tak solat.

“Memang amalan kita tak perlu tunjuk, tapi saya muat naik juga rakaman saya mengerjakan solat sebab geram sangat. Orang kata saya cabar Tuhan, saya ahli neraka. Tapi, saya tidak lupa solat sebaik saja masuk waktu. Saya ingat Allah,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah dia akan memaafkan mereka yang selama ini terus menerus mengecam serta menghinanya Ifa menjawab;

“Maafkan? Tidak. Sekolahkan mereka balik pun tidak. Tunggulah di Padang Mahsyar nanti.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.