Jangan tenggelam dalam kedukaan, hidup perlu diteruskan - Mizz Nina - Utusan Malaysia

Jangan tenggelam dalam kedukaan, hidup perlu diteruskan – Mizz Nina

MIZZ Nina tidak membiarkan dirinya terus larut dibelenggu kesedihan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Apa pun yang terjadi dalam hidup, Dia tahu apa yang terbaik dan memberikan yang terbaik kepada kamu.

“Kita hanya perlu melakukan yang terbaik dan tidak tenggelam dalam kedukaan masa lalu atau ketakutan pada masa akan datang sehingga membuat kita tidak aktif dan produktif.

“Hal itu merupakan ketakutan besar buat saya. Tidak menggunakan masa yang Allah beri untuk kebaikan dan hilang dalam emosi negatif,” itu antara coretan terbaharu yang dikongsi selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dalam satu hantaran di Instagramnya, beberapa jam lalu.

Turut berkongsi pesanan daripada seorang gurunya yang memberitahu agar sentiasa bertawakal kepada Yang Maha Esa, Nina berkata, hidup perlu diteruskan dan sebagai hamba Allah, manusia dituntut supaya meletak sepenuh kepercayaan kepada-Nya.

Pada hantaran yang sama, Nina turut menitipkan penghargaan buat semua pihak yang tidak pernah lekang mendoakan hal yang baik untuk dirinya.

Selain itu, Nina juga berkongsi beberapa keping gambar bersama putera angkatnya, Musa ketika bersiar-siar di sebuah pusat beli belah di sekitar ibu kota.

“Bagus untuk keluar seketika dan mendapatkan udara segar serta matahari bersama Musa dan rakan-rakan. Alhamdulillah atas doa, kata-kata semangat, bijaksana dan sokongan.

“Semoga Allah membalas dan mengurniakan kalian dengan lebih banyak khayr, kasih sayang, belas kasihan, barakah, perlindungan serta kejayaan di dunia serta akhirat.  Semoga Allah mengampunkan dan menjadikan saya lebih baik dengan apa yang kamu katakan tentang saya. Amin,” katanya.

Menerusi laporan media tempatan sebelum ini, Noh dan Mizz Nina bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya