Jadi pelakon bukan untuk glamor sahaja - Micheal Ang

Jadi pelakon bukan untuk glamor sahaja – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa bengang terhadap segelintir pelakon yang hanya mengejar populariti tanpa berusaha menambahkan ilmu lakonan.

Michael berkata, segelintir pelakon hanya mengharapkan tunjuk ajar ketika di set penggambaran dan tidak melakukan sebarang persediaan sebelum berlakon.

“Pening, fed up! Jadi pelakon bukan untuk glamor sahaja ya. Kena ada bakat dan ilmu berlakon. Bukan masuk set, satu benda pun tak tahu.

“Akhirnya, aku yang kena ajar berlakon. Macam itu baik kau bayar aku, bukan aku bayar kau,” luahnya di Instagram.

Pengarah Setelah Terlafaznya Akad itu dalam perkongsian sama turut memberi ‘nasihat’ kepada mereka yang sekadar mahu mengejar populariti untuk memuat naik kandungan bodoh di media sosial daripada berlakon.

“Nak glamor cepat dan tak menyusahkan orang, buat sahaja benda bodoh di TikTok. Muat naik gambar sendiri yang tidak senonoh. Kan tak menyusahkan orang?

“Kepada yang hendak berlakon hadam ini! Jangan buang masa dan menyusahkan orang. Jangan ingat muka cantik, kacak, pengikut ramai nak minta harga tinggi. Tetapi, bakat langsung tak ada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.