Itu lagu Upiak, tiada hasrat jadikan Ratu Farah penyanyi - Rusa Music - Utusan Malaysia

Itu lagu Upiak, tiada hasrat jadikan Ratu Farah penyanyi – Rusa Music

RATU Farah merakamkan video muzik parodi sebagai strategi promosi lagu terbaru Upiak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Syarikat rakaman Rusa Music tidak berhasrat menjadikan pempengaruh popular di TikTok, Ratu Farah Diva sebagai penyanyi, meskipun gadis itu semakin dikenali menerusi video muzik lagu berjudul Sikok Bagi Duo di media sosial.

Menurut Pencipta Kandungan Rusa Music Marketing, Mohd Amirul Mohd Rizuan, 25, penglibatan Ratu Farah hanya sebahagian daripada rangka pemasaran lagu itu yang dihasilkan oleh penyanyi dari seberang, Upiak Isil.

“Lagu asal Sikok Bagi Duo dinyanyikan oleh Meli Dedi. Upiak menggubah semula lagu tersebut dengan lirik sendiri dan membawakannya dalam versi berbeza menggunakan judul Slebew.

“Lagu itu diterbitkan oleh MVM Production, juga di bawah Rusa Music dan dilancarkan pada minggu lepas. Hari yang sama juga kami lancarkan video muzik nyanyian Ratu Farah di YouTube,” katanya.

Jelas Amirul, pihaknya sedar, ramai yang tidak senang dengan tindakan Rusa Music itu, namun mempunyai alasan tersendiri mengapa perancangan tersebut diteruskan.

“Memang sebelum ini, Ratu Farah pernah  menyatakan minat untuk menyanyi. Tetapi, dia tahu, untuk serius itu tidak mungkin. Jadi, kami tawarkan dia terlibat dalam projek video muzik ini secara one-off.

“Kami tak berhasrat nak jadikan dia sebagai penyanyi. Dia pun bersetuju untuk terlibat dalam projek ini saja. Memandangkan dia sedang tular di TikTok, kami hasilkan bahan kandungan ini untuk mempromosikan lagu Upiak itu,” katanya.

Ditanya mengenai kecaman daripada pendengar dan peminat muzik tempatan, Amirul berkata, mereka perlu melihat dari sudut pemasaran kerana setiap label mempunyai strategi tertentu untuk mempromosikan sesebuah lagu.

“Ini cuma untuk suka-suka. Ada sesetengah orang suka dan layan saja lagu itu di YouTube, tetapi ada juga yang kata merosakkan industri.

“Sebenarnya dari sudut hiburan dan pemasaran, setiap apa yang kita lakukan itu ada alasannya. Contohnya, untuk bahan kandungan.  Kita bukan saja-saja buat, tujuannya tentulah untuk promosi,”katanya.

Setakat ini, video muzik parodi Ratu Farah itu sudah mencecah jumlah tontonan lebih 200,000 di saluran YouTube Rusa Entertainment, manakala video muzik penyanyi asal pula sudah mencapai sejuta tontonan di saluran sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya