Amirchik rakam Eta Lyubov dalam versi Melayu - Utusan Malaysia

Amirchik rakam Eta Lyubov dalam versi Melayu

LAGU Eta Luybov mempopularkan nama Amirchik di rantau Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR : Populariti lagu Eta Lyubov di aplikasi TikTok dan YouTube, mencetuskan inspirasi kepada penyanyi kelahiran Russia, Amirchik, untuk membawakan rakaman nyanyiannya itu dalam versi bahasa Melayu.

Diberi judul Cinta Ini, Amirchik, memaklumkan, idea itu tercetus selepas lagu tersebut menerima reaksi positif peminat, terutama dari Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini, Amirchik turut memuatkan terjemahan lirik lagu itu dalam video muzik rasminya untuk mendekati peminatnya di rantau ini.

Keputusan untuk menterjemahkan lirik lagu itu dibuat selepas ia diparodikan banyak pihak hingga mencetuskan kekeliruan terhadap makna sebenar lagu nyanyiannya itu.

Meninjau ke ruangan Instagram penyanyi berusia 18 tahun ini, dia begitu teruja dengan reaksi positif yang diberikan peminat menerusi penghasilan lagu tersebut.

“Bagaimana, suka tak dengan versi Melayu lagu ini?” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memberikan pujian, malah berterima kasih kepada Amirchik kerana menghargai peminatnya di Malaysia dan Indonesia.

Sehingga ini, video muzik itu telah meraih 168,000 tontonan, 13,000 tanda suka dan 1,558 komen di YouTube.

Sebelum ini, pernah tercetus isu mengenai lagu viral tersebut yang dikatakan mempunyai lirik tidak sesuai kerana membawa maksud tidak elok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya