Zalina Azman hilang sejak November lepas

Zalina Azman hilang sejak November lepas

Zalina
ZALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.

Berita tersebut dikongsikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu.

Maklumat itu turut dipaparkan di laman Facebook rasmi IPD Shah Alam.

Dalam laporan berkenaan, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan laporan kehilangan wanita itu telah dibuat keluarga sejak 29 November, 2021.

Dalam laporan sama, anak Zalina dikatakan cuba menjejaki ibunya untuk memaklumkan tentang bapanya yang dimasukkan ke hospital.

“Pada 29, November, pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya berlokasi di Seksyen 3 dan mendapati keretanya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan dalam rumah tidak tersusun dan menemukan beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai berjumlah RM600 milik Zalina.

“Ibunya bagaimanapun tidak dijumpai. Usaha pencarian telah dibuat namun mangsa gagal ditemukan,” katanya.

Kehilangan Zalina menarik perhatian selebriti dan rakan artis seperti Datuk Aznil Nawawi dan Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

“Siapa ada maklumat di mana kawan Paknil Zalina Azman berada tolong hubungi pegawai penyiasat Sarjan Sabturia 03 55194622,” tulis Aznil di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya