Harga telur itu mahal nak mampus - Damian Mikhail

Harga telur itu mahal nak mampus – Damian Mikhail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Damian Mikhail menempelak kenyataan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar yang menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan tersebut.

Damian menerusi satu video di Instagramnya, menyifatkan Norena tidak berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Kau cakap bila harga telur naik, kau kurangkan makan telur. Kau tahu tidak, bila orang beli dalam ‘bulk’ tu, maksudnya orang nak jimat. Mungkin dia ada keluarga, sebab itu dia beli satu tray yang ada 30 biji.

“Kalau dia beli kurang, kecil-kecil, dia belanja lagi banyak. Sebab benda itu lagi mahal. Sebab itu, dia orang beli 30 biji terus untuk berjimat.

“Kau pula cakap kurang makan telur. Jadi, kalau beli kecil-kecil itu pun, dia tak berjimat, maknanya dia belanja lebih jugaklah. Dia bukan pasal banyak makan (telur) atau sikit. Dia pasal harga telur itu mahal nak mampus,” tegasnya.

Norena dikritik hebat oleh netizen gara-gara mengeluarkan kenyataan tersebut semalam.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof baru-baru ini menyifatkan kenyataan Norena sebagai pandangan peribadi, namun penyampaiannya tidak diterima orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN