Bukan meroyan, tapi pertahankan diri dia sendiri - Aizatul Aqma

Bukan meroyan, tapi pertahankan diri dia sendiri – Aizatul Aqma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Nazrief Nazri, Aizatul Aqma, tampil mendedahkan sebab mengapa pelakon, Puteri Sarah sebelum ini enggan meneruskan tindakan saman terhadap individu yang didakwa sebagai orang ketiga, Ira Kazar, berhubung polemik rumah tangga antara pelakon itu bersama suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.

Menurut Aizatul, dia pernah mencadangkan agar Puteri Sarah menyaman pihak ketiga berkenaan, namun, pelakon itu sering memikirkan mengenai tahap kesihatan bapa individu tersebut jika tindakan itu diteruskan.

“Banyak-banyak artikel, yang ini saya rasa nak jadi bawang sekejap tambah malam tadi baru nampak video kedai emas itu. Jadinya aku rasa netizen perlu tahu seketul Puteri Sarah ini bagaimana.

“Dia bukan meroyan, tetapi pertahankan diri dia sendiri. Ingat lagi dulu saya tanya Sarah ‘kenapa kau tak nak saman dia? Makin lama kau biar, makin dia pijak kau’.

“Terkejut dengar jawapan dia, salah satunya ‘aku bukan tak nak saman, tetapi nanti aku saman siapa nak bayar? Perempuan itu tidak kerja tambahan pula bapa dia ada sakit. Kalau orang tua itu sakit tidak boleh nak kerja, sapa nak tanggung keluarga dia weh’,” dedahnya.

Mengulas lanjut, Aizatul juga menyifatkan pelakon tersebut sebagai seorang yang sangat baik dan lebih mengutamakan untuk menjaga hati orang lain.

“Sarah yang saya kenal orangnya baik, tidak pandai buat jahat kepada orang. Kau paksalah dia buat macam-macam, akhirnya dia pilih untuk menjaga hati orang lain dahulu.

“Orang ambil laki dia, buat akaun palsu, banyak menyeksa mental dia setiap hari selama empat tahun tetapi dia masih fikir bapa wanita itu sakit, siapa mahu tanggung keluarga dia nanti. Aku kena jaga aib suami aku.

“Kalau aku, aku tidak sabar aan kuat seperti kau. Habis aku ganyang rempit Rohingya itu. Jaga diri, aku yakin kau sudah gembira. Kau sudah tidak tanggung seorang, semua orang doakan kau,” tulisnya panjang.

Terdahulu, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Terbaharu, pelakon itu telah memfailkan satu saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya dari anak kepada pelakon veteran Kazar, iaitu Ira Kazar.

Kedua-dua tindakan tersebut dibuat bagi memerintahkan agar defenden (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial atau media.

Sekadar informasi, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya