Buang yang keruh, ambil yang jernih - Utusan Malaysia

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga tumpang terharu dengan tindakan penyanyi ini yang rasanya umum sudah tahu, baru-baru ini dia ada buat perjumpaan dengan beberapa wakil media hiburan berbahasa Melayu termasuk editor.

Tujuannya adalah un­tuk memulihkan semula hubu­ngan yang terputus kerana isu saman menyaman sebelum ini yang pernah menggegarkan industri hiburan tanah air.

Diam tak diam sudah lapan tahun juga ia berlaku. Bukan sesuatu yang mudah kalau kita sebut tentang kata maaf dan memaafkan itu sendiri. Kalimat yang begitu mahal. Tidak dapat dijual beli kerana ia harus terbit dari hati.

Mungkin ada benarnya kata Shila. Semuanya berbalik kepada izin Tuhan. Walau empat tahun lalu dia sudah terdetik di hati untuk berjumpa dengan pihak media dan meleraikan sengketa dan salah faham yang ada, tetapi Shila sendiri akui, waktu terbaik itu hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Maka, apabila dia memilih jalan untuk berdamai, bagi Cik Bunga, ia adalah satu tindakan mulia. Tak ada yang salah walau siapa pun yang memulakan langkahnya dahulu kerana titik pertengahan yang dicari adalah menemukan kedamaian.

Sebelum ini begitu ramai yang melontarkan pelbagai persepsi kurang senang atau mungkin salah mengenai salah faham yang berlaku.

Cerita di belakang tabir pun Cik Bunga tahu. Malah, Shila juga sebelum ini ada berkongsi dengan pasukan kami sebelum ini. Jika ingat, semasa Pancaindera merakamkan Shila sebagai penghias muka hadapan sisipan kami ini di Aidilfitri lalu.

Tetapi, memegang janji untuk cuma kita kita sahaja yang tahu, Cik Bunga dan pasukan pegang ia sebagai satu rahsia dan amanah.

Biarlah orang hendak kata apa. Asalkan, hubungan damai ini sudah pun terjalin. Macam apa yang selalu kita dengar, orang kata, hubungan artis dan media ini saling sama memerlukan. Kita pun sama-sama anak seni. Haruslah saling menyokong antara satu sama lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya