Saya sebak, lega dan gembira -Aina Abdul - Utusan Malaysia

Saya sebak, lega dan gembira -Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular tanah air, Aina Abdul, mendedahkan bukan mudah bagi menjayakan konsert sulungnya sehingga penyanyi itu meluahkan rasa sebak di hadapan para peminatnya pada konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 2.0, semalam.

Menurut Aina, bukan mudah sebagai seorang penyanyi yang perlu turut sama turun padang bagi menguruskan penganjuran konsert tersebut agar kesemuanya berjalan lancar.

“Saya sebak kerana perancangan konsert ini sebenarnya kalau orang luar lihat usaha kami, orang akan rasa seperti tidak masuk akal.

“Ia kerana kami mempunyai banyak perjumpaan, kebanyakan malam tidur kami tidak mencukupi. Selain itu, banyak juga perjumpaan perniagaan yang saya tidak biasa.

“Malahan, saya seorang penyanyi yang saya tahu bagaimana untuk berada di zon dengan sisi kreatif saya sahaja, tetapi saya tidak pernah lagi menjadi Aina Abdul yang bercakap mengenai bisnes dan kewangan,” katanya.

Mengulas lanjut, Aina turut menzahirkan rasa lega kerana dapat melepaskan setiap tekanan dan cabaran sebelum ini, menerusi 26 buah lagu yang didendangkan pada malam semalam.

“Jadi saya sebak tadi (semalam) kerana tidak menyangka jadi konsert ini. Malam ini juga saya berasa lega, kerana dapat melepaskan semua perasaan saya.

“Saya turut berasa gembira kerana dapat lalui juga malam ini dengan baik, Alhamdulillah,” luahnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Terus hidup itu juga menitipkan rasa syukur apabila malam pertama konsert menjadi lebih baik dari apa yang telah dirancang sebelum ini.

“Sebenarnya malam ini menjadi lebih baik daripada sangkaan saya terutama semasa ‘quick outfit change‘. Amat mencabar kerana saya wanita berhijab. Kami aim kurang daripada dua minit. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

“Bagaimanapun, tidak mungkinlah satu malam itu semuanya sempurna sahaja kan. Sudah semestinya kita ada certain mulfunction seperti tudung dan sebagainya.

“Namun, bagi saya penonton suka melihat detik-detik seperti itu. Mereka menyokong dan tidak membuatkan saya rasa malu. Perkara itu juga sudah sinonom dengan Aina Abdul. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati. Terima kasih,” tuturnya lagi.

Aina berkata demikian ketika ditemui selepas konsert ANWAA 2.0 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada malam Sabtu.

Selain menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Semalam dan Sepi, Aina turut mendendangkan lagu popular lain iaitu My All, Listen, All By Myself, Mengapa dan How You Like That.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya