Normah Damanhuri terharu anak hadiahkan kereta

Normah Damanhuri terharu anak hadiahkan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon veteran, Normah Damanhuri, mengaku begitu terharu dalam kesyukuran apabila anak perempuannya, selebriti media sosial yang dikenali sebagai Kak KM menghadiahkannya sebuah kereta.

Difahamkan, kereta tersebut telah dibelikan oleh anaknya itu secara tunai pada bayaran lebih RM100,000.

Menerusi perkongsian di Instagram Kak KM atau Liana Rosli, wanita tersebut menghadiahkan kereta tersebut meski pada awalnya Normah mengadu wang simpanannya tidak mencukupi.

“Macam ini lah, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli tunai untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis.

“Apa lah sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” katanya.

Selepas mendengar kata-kata Kak KM, Normah dilihat terus bangun dan menangis kerana terkejut dengan pemberian anaknya itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.

Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya biarpun kadang-kala perkongsiannya di laman sosial mengundang kecaman.

“Walaupun dia begini, tapi aku suka dia hormat mak dia dan ratukan mak dia.

“Tak suka perangai gedik Kak KM, tapi hormat sangat bab menghargai mak. Semoga sentiasa istiqamah macam ini selalu.

“Patutlah rezeki Kak KM sentiasa murah rupanya dahulukan ibunya. Alhamdulillah rasa terharu, saya minat Kak KM,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, Normah, 68, tidak henti melahirkan rasa syukur kerana tidak menyangka anaknya akan membelikan kereta untuknya.

“Bersyukur sangat, mak tak sangka. Mak ingat nak beli sendiri saja. Mana lah tahu sayang (Kak KM) nak belikan kereta ini.

“Syukur sangat, Alhamdulillah. Nanti nak buat sujud syukur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.