Kenapa hati kau busuk bernanah lihat kebahagiaan orang lain? -Normah Damanhuri - Utusan Malaysia

Kenapa hati kau busuk bernanah lihat kebahagiaan orang lain? -Normah Damanhuri

Pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri berang apabila menerima komen negatif seorang individu yang mengecam anaknya yang juga usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri berang apabila menerima komen negatif seorang individu yang mengecam anaknya yang juga usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM selepas menghadiahkannya sebuah kereta baharu.

“Kenapa hati kau busuk bernanah melihat kebahagiaan orang lain? Sentiasa bersangka buruk kepada anak aku, aku tidak kacau hidup kau.

“Kenapa kau kacau kehidupan dan emosi aku? Untuk pengetahuan kau, bila jurujual beritahu kereta aku dah sampai, aku terus kena pergi selesaikan pada hari yang sama.

“Kereta ini aku dah tempah lama! Kau apa tahu? Hati anak aku suci murni aku didik dengan penuh kasih sayang,” luahnya menerusi Instagram.

Menerusi ruangan komen, individu berkenaan mendakwa tindakan Kak KM memberi hadiah tersebut seolah-olah mengaburi isu tular melibatkan usahawan tersebut, baru-baru ini.

Kak KM sebelum ini tular apabila dia menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada ibu tercintanya, pada Rabu lalu.

Difahamkan, kereta tersebut telah dibelikan oleh anaknya itu secara tunai pada bayaran lebih RM100,000.

Mengulas lanjut, pelakon itu turut menekankan apa yang didakwa individu berkenaan terhadap anaknya adalah tidak benar.

“Yang aku nak beritahu dengan kau sekarang ini, aku nak bagi kau hadam.

“Tiada kena mengena sama sekali dengan apa yang kau tuduh terhadap anak aku,” tulisnya panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya