Hidup jahanam sebab kau! - Fizi Ali - Utusan Malaysia

Hidup jahanam sebab kau! – Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUD: Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali berang dengan bekas bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri.

Tampil memuat naik status di InstaStorynya, Fizi hilang sabar dan mendakwa perbuatan Shakilla semakin melampau.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara terperinci tentang perbuatan tersebut.

“Aku hormat sebelum ini sebab kau itu emak kepada anak aku dan kita pernah bersama.

“Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya. Aku rasa makin lama makin nipis ini.

“Hidup aku dah jahanam, sekarang aku hilang semua benda semua sebab kau! Kau tak sedar lagi ke ha? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku,” luahnya.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bercerai pada Disember tahun lalu selepas tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofea, tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN