Hazlin Hussain positif Covid-19

Hazlin Hussain positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti televisyen (TV), Hazlin Hussain  memaklumkan dirinya positif Covid-19.

Khabar itu dikongsikan Hazlin menerusi akaun Instagram awal pagi tadi waktu Malaysia.

“Semalam saya rasa tak sihat. Jadi buatlah keputusan untuk ke klinik. Tabung Haji ada maklumkan, kalau ada gejala, demam batuk selesema, sakit tekak, boleh pergi buat pemeriksaan di tingkat 15. Pendekkan cerita, saya positif Covid-19,” tulisnya.

Hazlin juga memaklumkan dia kini ditempatkan di bilik pengasingan.

“Saya dimasukkan dalam bilik isolasi bersama-sama tiga yang lain. Setakat ini Alhamdulillah, selesa sangat.

“Saya mohon doa kalian, semoga saya bersama semua yang dijangkiti Covid-19, lekas sembuh dan dapat menjalani ibadah Haji dengan sempurna,” katanya.

Hazlin berangkat ke Mekah 4 Jun lalu bersama suaminya yang juga merupakan penyampai berita, Mior Abdul Malek Raiyani.

Dalam pada itu, netizen di ruangan komen mendoakan agar Hazlin cepat sembuh dan dipermudahkan urusan ibadahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN