Gembira, tak sangka dah beli rumah di Sydney - Nur Sajat. - Utusan Malaysia

Gembira, tak sangka dah beli rumah di Sydney – Nur Sajat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Personaliti media sosial dan usahawan sensasi, Nur Sajat, meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah rumah di Sydney, Australia.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu tular Bobo Di Mana itu menerusi satu hantaran di entri Instagram miliknya.

Menurut Sajat, akhirnya dia dapat mengumpul aset sendiri di negara tersebut selepas enam bulan memulakan perniagaan secara atas talian.

“Alhamduillah, tidak sangka yang Sajat dah beli rumah di Sydney.

“Sajat amat gembira, dalam masa enam bulan, Sajat mulakan perniagaan atas talian Sydney, struggle mengenai cukai, (GST) dan sebagainya.

“Akhirnya Sajat dah mula mengumpul aset di sini… terima kasih kepada hartanah, broker, peguam saya serta accountant Sajat banyak membantu untuk urusan pembelian rumah ini,” katanya.

Mengulas lanjut, usahawan berkenaan enggan mengenang kembali segala kejadian yang menimpa dirinya tahun lepas kerana kini mahu fokus ke hadapan sahaja.

“Jika kita yakin dan fokus apa yang kita lakukan, pasti akan maju ke hadapan.

“Setelah apa terjadi pada Sajat tahun lepas, Sajat cuma fokus ke hadapan sahaja… Saya sudah move on.

“Rezeki ada di mana-mana. Kalau yakin dengan perniagaan yang kita buat, pasti ganjaran kita akan dapat,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut berkesempatan merakamkan penghargaan buat kesemua kakitangan dan keluarga kerana sentiasa menyokong dan tidak lekang mendoakan dirinya untuk bangkit kembali.

Nur Sajat kini menetap di Australia selepas berjaya memboloskan diri daripada pihak berkuasa Malaysia, tahun lalu.

Katanya, di Australia dia bukan sahaja diterima sebagai wanita, malah kerajaan negara itu banyak membantunya untuk memulakan kehidupan baharu.

Katanya Australia banyak membantu dia dari segi kemahiran dan percakapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN