Bila dia tak ada, baru kami perasan - Saiful Apek

Bila dia tak ada, baru kami perasan – Saiful Apek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Allahyarham Adibah Noor merupakan pencetus utama kepada lagu Hari Raya, Suasana Di Hari Raya yang dirakam semula 13 peserta Gegar Vaganza 8, April lalu.

Perkara itu didedahkan pelawak dan penghibur versatil, Saipul Apek yang ditemui pada upacara pengebumian Allahyarham, semalam.

“Arwahlah pencetus utama. Dia yang cadangkan agar keakraban kami semua peserta GV8 dijenamakan sebagai Famili Kita.

“Baru saya faham, hampir 100 hari, selepas matlamat itu tercapai, arwah pergi. Bila dia tak ada, baru kami perasan,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful berkata dia menganggap arwah lebih daripada seorang rakan artis dan peserta lain dalam GV8.

“GV8 adalah pertandingan. Tapi bukan nak banding-bandingkan. Saya melihat ukhwah itu.

“Walaupun pertandingan dah habis. Kami masih bersama. Nyanyi lagu raya. Kami bukan sahaja sahabat, tapi keluarga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya