Baba terlalu sayangkan kamu - Sharnaaz Ahmad

Baba terlalu sayangkan kamu – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya ok, Insya-Allah,” Itu coretan ringkas pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi sebuah video berdurasi lebih 30 saat yang dimuat naik di Instagramnya, baru-baru ini.

Sharnaaz, di dalam video tersebut, dirakam memeluk erat anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

“Baba terlalu sayangkan kamu,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian beberapa rakan artis yang tampil memberi sokongan dan menulis kata-kata semangat di ruangan komen.

Antaranya pelakon dan pengacara, Raja Azura dan Dayah Bakar, yang meminta pelakon berkenaan agar terus kuat berdepan ujian.

“Semoga keadilan bakal ditegakkan! Terus kuat,” tulis Dayah.

Terdahulu, pelakon drama I Promise Janji Anaqi itu dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Sentul, dekat sini, semalam.

Sharnaaz ditahan reman tiga hari bermula Sabtu lalu selepas dipercayai manumbuk dan menendang seorang lelaki disyaki pengawal keselamatan di sebuah kondominium, Khamis lalu.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, dia turut dilaporkan menumbuk dan menendang salah seorang penduduk di kondominium yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN