Akaun Instagram Abby Abadi 'hilang' lagi - Utusan Malaysia

Akaun Instagram Abby Abadi ‘hilang’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, mendedahkan akaun Instagram (IG) miliknya ‘hilang’ sekali lagi.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama popular Gerak Khas itu menerusi akaun IG barunya.

Menurut Abby, lebih ‘tragis’ lagi apabila kesemua akaun berkaitan dengan dirinya malah akaun suaminya turut hilang.

“Tetaplah tersenyum walaupun Instagram (IG) ku hilang berkali-kali. Tidak tahu di mana silapnya, siapa yang iri hati pada saya yang tidak punya apa-apa ini.

“Kali ini lebih tragis ya sebab hilang semua IG yang berkait dgn saya iaitu @abbyabadiofficial @kernadia_byabbyabadi @mairadardafarisa.

“Akaun back up pun hilang iaitu @jaiabbyofficial @jaitechsolutions. Malah, IG suami @jaiezzany pun waalaikumsalam…” katanya.

Mengulas lanjut, dia memaklumkan terpaksa memulakan dengan akaun yang baharu selain memohon sokongan berterusan daripada para pengikutnya.

“Nak tak nak, terpaksa mulakan yang baharu. Biar hilang IG tidak mengapa, jangan hilang Allah ya.

“Mohon sokongan berterusan dari kalian. Suka, kongsi dan beritahu kawan-kawan untuk mengikut IG baru ini hehe,” ujarnya.

Sekitar November tahun lalu, pelakon tersebut mendedahkan akaun IG miliknya tiba-tiba sahaja bagaikan hilang dari radar tanpa diketahui apakah puncanya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Abby menerusi satu akaun IG baharu yang diwujudkan olehnya selepas mengaku gagal mendapatkan akaun terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya