5 fakta tentang James Dean - Utusan Malaysia

5 fakta tentang James Dean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMES byron Dean atau James Dean merupakan ikon Hollywood tahun 50-an yang cukup terkenal.

Memiliki kekacakan dan ketampanan tersendiri, Dean menjadi pujaan ramai anak gadis di Barat.

Namun, kehadiran Dean mewarnai dunia Hollywood hanya seketika, kurang lebih hanya lima tahun.

Pada 1955, mendiang terbunuh dalam kemalangan yang menyayat hati.

Berikut adalah lima fakta tentang James Dean yang mungkin tidak diketahui ramai.

 

Dibesarkan ibu dan bapa saudara

James Dean dilahirkan di sebuah bandar kecil di Indiana, Amerika Syarikat (AS). Bapanya, seorang doktor gigi dan sering membawa keluarga berpindah randah.

Ibu Dean meninggal dunia ketika dia berusia sembilan tahun. Selepas itu, Dean dihantar semula ke Indiana dan tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya.

Dia ketika itu jarang berhubung dengan bapanya sehinggalah ketika dia diterima masuk ke Santa Monica City College.

 

Bergigi palsu sejak kecil

Dean ketika kanak-kanak bersikap lasak dan aktif. Dia kehilangan beberapa gigi hadapan akibat kecederaan dialami ketika kecil.

Namun dalam satu wawancara, Dean mereka cerita dan mengaitkan kehilangan giginya itu dengan kemalangan motosikal.

 

Penerima anugerah Oscar selepas kematian

Dean adalah pelakon pertama yang dianugerahkan anugerah Oscar selepas kematian.

Keadaan tersebut belum pernah berlaku kepada mana-mana pelakon, baik lelaki mahupun wanita.

Sehinggalah pada 1956, mendiang dianugerahkan pelakon lelaki terbaik bagi persembahannya di dalam filem East of Eden.

 

Hubungan intim bersama Liz Sheridan

Selepas kematian Dean, ramai yang tampil mendedahkan hubungan romantis mereka dengan pelakon berkenaan.

Antaranya pelakon yang terkenal menerusi rancangan Seinfeld, Liz Sheridan.

Pada tahun 2000, Sheridan menerusi buku Dizzy & Jimmy: My Life With James Dean: A Love Story menceritakan pertemuannya bersama aktor tersebut di New York pada 1951.
Mereka kemudian tinggal sebumbung dan mengikat tali pertunangan.

Disaman sebelum kemalangan

Pada 30 September 1955, Dean yang pada petang itu memandu kereta baharunya, Porsche Spider terlibat dengan lumba haram sekitar Salinas, California.

Mendiang ditahan polis dan disaman kerana memandu melebih had laju.

Dua jam selepas itu, kenderaan dinaiki Dean bertembung dengan sebuah Ford Sedan di sebuah lebuh raya, kira-kira 128 kilometer dari Bakersfield, California.
Mendiang, yang cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: www.History.com

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya