Tak wajar menjenayahkan kanabis - Yasin Sulaiman

Tak wajar menjenayahkan kanabis – Yasin Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyanyi dan komposer terkenal yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh, Yasin Sulaiman, 47, meluahkan pandangan bahawa penggunaan kanabis tidak wajar dilihat sebagai satu jenayah di negara ini.

Menurut Yasin, dia benar-benar berharap agar kerajaan dapat mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Harap kerajaan Malaysia akan keluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh WHO.

“Saya rasa tak wajar kita terus menjenayahkan kanabis kerana kanabis adalah untuk tujuan rawatan dan perubatan, bukan dadah senata-mata,” katanya.

Yasin berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Selain itu, ditanya bagaimana keadaannya kini, Yasin dalam tersenyum menjawab ringkas dirinya sihat dan baik-baik sahaja.

“Saya sihat, Alhamdulillah. Semuanya bagus. Rawatan dah dapat. Terima kasih kepada katanya semua pihak yang menyokong terutama Syed Saddiq, Wardina Safiyyah, kumpulan Brothers, Nurul Izzah. Terima kasih semua,” katanya lagi.

Sementara itu, peguam mewakili Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff berkata, anak guamnya memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa sahaja.

Bagaimanapun, pihaknya telah membuat permohonan agar Yasin diberikan rawatan pakar kerana penyakit yang dihidapi penyanyi itu bukanlah penyakit biasa.

“Saya bercakap dengan Yasin, dia memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa dan kami meminta satu rawatan pakar.

“Dalam permohonan tersebut kami merujuk kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Apa yang dihidapi oleh Yasin ini bukanlah sakit biasa. Dan saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan.

Terdahulu, pada 31 Mac lalu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman , 47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, penyanyi Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mengedar dadah, pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.

Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.

Mahkamah menetapkan 22 Jun depan bagi sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya