Prestige V jamu moden buat wanita sibuk - Utusan Malaysia

Prestige V jamu moden buat wanita sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Diasaskan sejak dua tahun lalu, syarikat Ahda Wellness bermatlamat menyediakan produk kesihatan berasaskan minuman botani sebagai penyelesaian masalah kesihatan menyeluruh agar pengguna dapat menjalani kehidupan yang sihat.

Selepas hadir dengan produk detoks, kini Ahda Wellness memberi perhatian khusus kepada produk makanan tambahan premium atau jamu moden dipanggil Prestige V.

Prestige V dihasilkan dengan 100 peratus bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk keseimbangan hormon wanita.

Dikategorikan sebagai ‘superfood’, minuman serbuk botani campuran perisa blackcurrant, kacip fatimah, ekstrak herba manjakani dan EstroG-100 ini khusus untuk penjagaan ‘aset’ utama buat golongan wanita.

Menurut Pengasasnya, Dr Hazlina Ali, penghasilan jenama itu adalah sebagai penggalak untuk kaum wanita agar tidak bersikap sambil lewa terhadap penjagaan bahagian intim mereka.

“Produk ini fokus dan khusus kepada masalah kebiasaan wanita seperti keputihan kronik hinggalah ‘miss V’ berbau hanyir, busuk, berlendir hijau dan kuning, kegatalan, keradangan selain haid tidak teratur dan senggugut.

“Ia membantu keseimbangan hormon wanita, mengekalkan kesihatan dan kecantikan semulajadi. Ia umpama kunci kepada kebahagiaan wanita terutama yang sudah berumah tangga dan bergelar ibu.

“Manfaatnya juga membantu mencegah insomnia, kekeringan kulit atau mata, kekeringan faraj, ostoeporosis (tulang rapuh), sakit sendi dan gejala menopaus. Kulit juga makin cantik dan bersih serta mendapat kualiti tidur yang maksima. Malah mampu mengetat dan menganjal aset wanita seperti kembali ke zaman anak dara,” katanya.

Pengasas Ahda Wellness Dr Hazlina Ali

Hazlina menambah, pihaknya mensasarkan 20,000 unit akan terjual tahun ini setelah mendapat sambutan yang menggalakkan sejak dia diperkenalkan kepada umum pada tahun 2020.

“Kita mensasarkan 5000 pengguna di kalangan wanita akan terus bertambah hari demi hari. Sebelum ini sejak dilancarkan dua tahun lalu, sudah lebih 30,000 kotak terjual di pasaran.

“Tak ketinggalan, kita tawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 kepada pembeli bertuah. Kempen ini bermula sejak 7 Mei lalu dan akan berakhir 7 Ogos depan,”katanya.

Hazlina berkata lagi, Prestige V mensasarkan kelompok pengguna wanita dari usia 18 hingga 65 tahun.

“Kita optimis masalah kebiasaan wanita ini mampu ditangani dengan lebih praktikal dan terbaik. Ia juga dalam usaha untuk mengelak berlakunya haid tak menentu hingga berlanjutan selama lebih sebulan.

“Ia juga mampu menstabilkan emosi terutama ketika negara beralih dari fasa pandemik Covid-19 ke endemik. Stres yang tak perlu itu mendorong berlakunya pertumbuhan jerawat, keguguran rambut dan macam-macam lagi masalah.

“Program penyelidikan dan pembangunan (R&D) ini juga dilaksanakan bertahun-tahun di samping kerjasama dengan kilang. Termasuklah R&D dengan pakar nutrisi lebih lima belas tahun,” katanya.

Hazlina turut menjelaskan, produk berkenaan dijual juga bukan atas paksi keuntungan semata-mata, tapi lebih kepada mendidik dan mahu membantu masalah wanita ditangani dengan positif.

“Setiap orang tentunya akan mempunyai kesan dan hasil yang berbeza semasa pengambilannya. Namun, insya-Allah, hasilnya tetap memfokuskan penyelesaian masalah dalaman wanita.

“Apa yang penting, produk ini juga dijamin halal dan terbukti selamat kerana mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO),” katanya.

Ketika ini, jualan dibuat secara terus daripada ibu pejabat. Namun bermula bulan Jun 2022, peluang perniagaan akan dibuka semula kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen dan stokis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya