Eskayvie sasar 1 juta usahawan aktif menjelang 2026 - Utusan Malaysia

Eskayvie sasar 1 juta usahawan aktif menjelang 2026

Kartika Wati Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat suplemen kesihatan Bumiputera, Eskayvie Sdn. Bhd. meletakkan sasaran untuk melahirkan kira-kira 1 juta usahawan aktif dalam tempoh lima tahun hingga 2026.

Bercakap kepada MMTV, Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, sasaran yang diletakkan pihaknya itu turut mengambil kira potensi pertambahan usahawan selepas melebarkan sayap perniagaan ke beberapa buah negara di Asia Tenggara.

 

“Sekarang kalau di Malaysia, kita dah bantu lebih kurang 70,000 usahawan. Sebab itu kita sasarkan apabila kita pergi ke beberapa buah negara lagi di Asia Tenggara, kita boleh capai 1 juta ahli usahawan yang aktif untuk bergerak dalam Asia Tenggara.

“Sasaran 1 juta ini adalah untuk tempoh lima tahun, sebab tidak mustahil kalau di Malaysia dalam tempoh enam bulan sahaja, kita boleh lahirkan 70,000 usahawan.

“Apatah lagi kalau melibatkan Indonesia dan negara-negara Asia lain termasuk India, kami yakin untuk dapat 1 juta usahawan aktif adalah bukan satu angan-angan sebaliknya boleh menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk terbaharunya i-Qids, semalam.

Majlis berkenaan turut meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-13 Eskayvie selepas diperbadankan pada 19 Mei 2009.

Lebih menarik, majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kemunculan dutanya, Datuk Aznil Nawawi yang kekal bersama Eskayvie buat tahun ketiga berturut-turut. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya