Siti Nurhaliza kembali dengan lagu Lip Lap Raya - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza kembali dengan lagu Lip Lap Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil dengan single raya terbaharunya berjudul Lip Lap Raya, bersempena sambutan lebaran tahun ini.

Lirik lagu tersebut berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun berada dalam fasa pandemik.

Lip Lap Raya juga adalah hasil sentuhan Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan yang menggabungkan rentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat.

Penerbit lagu, Glow Rush, mengatakan bahawa keistimewaan pada lagu Lip Lap Raya adalah daripada gabungan elemen tradisional dan mode seperti penggunaan dram elektronik, synth serta vokal Siti yang menjadi kekuatan lagu tersebut.

Menurut Siti, dia menyifatkan Lip Lap Raya sebagai lagu yang dapat menarik minat peminat selepas mendengarnya buat kali pertama.

Selain itu, penyanyi lagu popular Nazam Lebaran itu turut menitipkan harapan agar lagu tersebut menjadi sebuah lagu raya ‘evergreen’ yang sentiasa diingati pendengar.

“Saya gembira kerana dapat merakamkan lagu Lip Lap Raya serta menambah koleksi lagu raya nyanyian saya.

“Saya sangat berharap agar lagu ini turut menjadi sebuah lagu raya ‘evergreen’ pada satu hari nanti,” ujar Siti.

Sekadar informasi, kali terakhir Siti muncul dengan single raya pada tahun 2016 menerusi lagu Hari Kemenangan.

Video muzik rasmi Lip Lap Raya boleh ditonton di saluran Youtube Siti Nurhaliza bermula 20 April 2022, jam 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.