Abjad Aksara tampil dengan Bayang-Bayang

Abjad Aksara tampil dengan Bayang-Bayang

Abjad Aksara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan meningkat naik, Abjad Aksara atau lebih dikenali sebagai Abjad memulakan tahun 2022 dengan menerbitkan sebuah single baharu berjudul Bayang-Bayang.

Menurut vokalis, Adam, kisah di dalam lagu berkenaan merupakan tafsiran tersendiri mereka tentang bagaimana irama dan nada lagu dapat dizahirkan dalam bentuk perkataan.

“Bila dewasa nanti, kita perlu sedar bahawa dengan adanya kemahuan yang amat luar biasa, kita dapat tinggalkan tabiat kita yang lama.

“Ibarat dicampak ke dalam sebuah pemikiran yang gelisah dan janggal, begitulah emosi yang akan dirasai para pendengar apabila dihidangkan dengan dengungan riff gitar yang tegang pada permulaan lagu Bayang-Bayang.

“Perasaan yang timbul inilah yang kami cari untuk dihidangkan buat pendengar lagu ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada Utusan Malaysia.

Kata Adam lagi, mereka amat berpuas hati kualiti lagu tersebut. Katanya, meskipun mengambil tempoh yang agak lama untuk disiapkan, mereka tetap gembira dengan kelahiran Bayang-Bayang yang dihasilkan dengan penuh teliti.

‘’Kami amat teruja dan dalam masa yang sama amat teliti sewaktu proses pembuatan lagu ini. Dari awal sehinggalah proses pemilihan ‘mixing’ bersama saudara Mokhtarizal.

“Tidak dinafikan, hasil daripada proses tersebut juga membuatkan kami bangga dengan penghasilan lagu ini. Kerana itulah kami memilih Bayang-Bayang sebagai debut pengenalan kami.

“Ia merupakan lagu pertama yang kami tulis secara bersama pada tahun 2017. Ternyata masa yang dilaburkan mendatangkan hasil yang memuaskan walaupun mengambil tempoh yang agak lama untuk disiapkan, ,” katanya lagi.

Selain Adam selaku vokalis dan pemain gitar, Abjad Aksara juga dianggotai tiga pemuzik muda termasuk Sairul selaku pemain gitar, Ekmal (dram) dan Arel (gitar bass).

Dalam pada itu, selain menerbitkan Bayang-Bayang, kumpulan alternatif rock ini juga bakal menghasilkan dua lagi single untuk tahun ini sebelum penghasilan album sulung mereka nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya