Abang sekarang keliru gila!- Aaron Aziz - Utusan Malaysia

Abang sekarang keliru gila!- Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Aaron Aziz, menarik nafas lega setelah mengetahui dirinya disahkan negatif virus Covid-19 hasil keputusan ujian RT-PCR (PCR) yang dibuat di salah sebuah pusat perubatan baru-baru ini.

Perkongsian tersebut dibuat pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.

Bagaimanapun katanya dia masih keliru kerana ujian saringan kendiri Covid-19 (RTK) yang dilakukan sebanyak dua kali kelmarin menunjukkan keputusan positif.

“Alhamdulillah, Tabarakallah. Kalau betul-betul negatif. Cuma abang sekarang keliru gila! Aku positif atau negatif ini?

“Boleh sesiapa tolong jelaskan? Kalau virus itu belum menjadi kenapa ujian RTK semalam positif?

“Tetapi PCR negatif? Apa pun doakan lah ya,” katanya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi warganet berhubung perkara yang dikongsikan pelakon tersebut.

“Kuarantin sahaja abang. Virus kadang kala dikesan lambat. Semoga Abang sekeluarga terhindar daripada Covid-19,” komen seorang warganet.

“Kalau sudah PCR, betul itu abang. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dijauhi dari penyakit,” komen lagi warganet lain.

“Tiada sudah itu abang. Kalau risau juga, kuarantin sahaja dua hari. Insya-Allah, semoga dipermudahkan,” komen seorang pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya