Tunggu masa sahaja, kemungkinan awal atau lambat sedikit… - Ernie Zakri - Utusan Malaysia

Tunggu masa sahaja, kemungkinan awal atau lambat sedikit… – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Doakan saya, masih menunggu lagi. Kini saya berehat di rumah sahaja kerana bila-bila masa sahaja boleh bersalin”

Itulah yang diungkapkan penyanyi versatil, Ernie Zakri yang kini sedang sarat hamil cahaya mata sulungnya dan dijangka bersalin pada hujung bulan ini.

Menurut Ernie kandungannya yang kini sudah memasuki 36 minggu. Dia hanya menunggu masa sahaja untuk melahirkan puteri sulungnya.

“Alhamdulillah, kandungan saya hari ini sudah masuk 36 minggu. Insya-Allah, saya masih menunggu masa sahaja kerana dijangka bersalin memang dalam bulan ini.

“Menurut doktor, Insya-Allah saya akan bersalin akhir bulan ini cuma tidak tahulah, berkemungkinan lebih awal atau lambat sedikit.

“Semalam saya ke hospital kerana ada mengalami kontraksi, sudah dapat merasai kesakitan nak bersalin. Cuma, bayi belum bersedia lagi untuk keluar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kongsi penyanyi Gundah itu, dia kini menetap di rumah ibu bapanya buat sementara waktu agar dapat memudahkan dirinya dibawa ke hospital jika berlaku sebarang kemungkinan.

Ernie juga memberitahu dia kini kerap terasa penat dan mengalami kesukaran untuk tidur malam, pada waktu ini.

“Syamil sibuk bekerja jadi saya sekarang berada di rumah ibu bapa, jika berlaku sebarang kemungkinan, sekurang-kurangnya ada orang yang boleh membawa saya ke hospital.

“Dalam trimester ketiga ini saya mengalami sedikit kesukaran untuk tidur malam dan cepat penat.

“Oleh itu, saya kurangkan berjalan pada waktu ini kerana sebelum ini saya banyak berjalan sehingga kaki menjadi sakit dan sukar untuk tidur malam,” tuturnya.

Mengulas lanjut, dia dan suami sudah mempunyai nama untuk bayi sulung dan akan menamakan pada hari ketujuh kelahirannya mengikut sunnah Nabi.

“Nama bayi kami sudah ada. tipu lah jika masih tiada kerana sudah hujung-hujung ini. Tetapi kami masih belum bersedia untuk mengumumkan.

“Insya-Allah, kami mengikut sunnah iaitu sebaiknya hari ketujuh baru kita menamakan anak. Doakan juga agar nama yang akan kami beri nanti menjadi nama yang baik buat cahaya mata kami,” ujarnya.

Untuk rekod, Ernie dan suaminya yang juga penyanyi, Syamel selamat diijab kabulkan pada tanggal 26 Mac tahun lalu, di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya