Sejuta level senyuman saya akan berikan - Zizan Razak - Utusan Malaysia

Sejuta level senyuman saya akan berikan – Zizan Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Zizan Razak tampil menegur sesiapa sahaja yang ingin merakam gambar dengannya agar menjaga adab dan pertuturan mereka.

Kata Zizan, dia amat selesa dengan mereka yang menegurnya dengan sopan berbanding individu yang kasar dan keras ketika menegurnya di tempat umum.

“Sedikit cerita nak kongsi tentang diri saya. Berkenaan dengan adab. Saya memang kalah betul dengan orang yang sopan beradab dan berbahasa.

“Ya tidak dinafikan ada juga yang datang bergambar dengan bahasa yang agak keras juga menegur dengan cara yang kurang selesa.

“Tetapi saya cuba senyum dengan sebaiknya. Ya, sekadar perkongsian. Tetapi jika datang dengan cara lembut pasti sejuta level senyuman saya akan berikan. Masya-Allah,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian pelakon filem Cicakman 3 itu menerima pelbagai reaksi dari netizen termasuk rakan artis yang tidak melepaskan peluang menulis di ruangan komen.

Antaranya seperti penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella yang turut berkongsi situasi sama ketika berkhidmat sebagai pramugara penerbangan Malaysia Airlines satu ketika dahulu.

“Samalah konsepnya bila abang jadi pramugara dulu. Kita senyum kat dia dan dia buat muka ‘kerek’, alamatnya dia akan dapat satu paket kacang sahaja.

“Kalau muka ada ‘nur’ dan senyum balik kat kita dan tak buat kita macam kuli dia, makan berpaket-paketlah kacang dia bawa balik dari kami ccrew,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN