Jamal Abdillah timang cahaya mata 22 Februari ini - Utusan Malaysia

Jamal Abdillah timang cahaya mata 22 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah bakal menimang cahaya mata kelimanya pada 22 Februari 2022.

Menurut penyanyi itu, isteri tercintanya Datin Zai Izzati Khiruddin bakal melahirkan bayi lelaki secara pembedahan.

Kata penyanyi lagu Penghujung Rindu itu, isterinya yang dijangka bersalin secara normal pada 28 Februari ini, memilih untuk bersalin secara pembedahan.

Kongsinya, mereka sudah mempunyai nama untuk bayi lelaki yang bakal dilahirkan beberapa minggu lagi.

“Isteri saya bersalin 28 Februari depan tetapi saya memilih 22 Februari ini melahirkan bayi secara pembedahan kerana angkanya cantik.

“Persiapan sudah dilakukan. Cahaya mata yang bakal dilahirkan adalah bayi lelaki. Kami pun sudah ada nama iaitu Iskandar Rayyan Yamani.

“Pada mulanya kami mahu letak nama Iskandar Zulkarnain, tapi sebab dah biasa didengar, maka kami pilih nama yang lain,” katanya ketika ditemui di sidang media Showcase A Night To Remember.

Untuk rekod, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 April 2017.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani.

Penyanyi itu juga memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN