Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak kedua - Utusan Malaysia

Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Ezzaty Abdullah, selamat melahirkan bayi kedua pada pukul 3.53 pagi, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh isteri pelakon, Azwan Kombos di akaun Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping gambar sedang memegang tangan si manja.

“10 Rejab pagi Jumaat, lahir bayi kami dengan selamat. Terima kasih atas doa yang tidak putus daripada semua. Alhamdulillah,” tulisnya.

Terdahulu menerusi Instagram Story milik Ezzaty, dia sempat berkongsi debaran dan memohon agar urusan bersalin dipermudahkan.

“Doakan semuanya dipermudahkan. Ya Allah perkenankanlah. Ibu gementar bercampur teruja, sedang menunggu,” coretnya.

Menjengah profil akaun aktres itu, Ezzaty turut berkongsi pengalaman sebelum melahirkan bayi kedua yang identiti masih tidak dinyatakan secara terperinci.

“Malam-malam kandungan selalu keras dan sakit di bahagian bawah. Itu kontraksikah?

“Bayi sudah masuk minggi ke 34. Dua minggu lalu masa buat pemeriksaan bayi sudah macam turun dan nak keluar.

“Ibu aktif dan banyak buat kerja kebelakangan ini. Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Serentak dengan perkongsian, ruangan perkongsian hantaran Ezzaty tersebut dihujani dengan ucapan baik-baik dan selamat menjalani proses berpantang.

Antara rakan artis yang melayangkan komen setakat artikel ini ditulis ialah pelakon Dynas Mokhtar dan pelawak Achey.

Sebagai informasi, Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dalia, lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya