Tuah player 001 - Utusan Malaysia

Tuah player 001

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tahun lalu, kumpulan BTS mendominasi penganugerahan berprestij, American Music Awards dengan mengungguli tiga anugerah.

Dunia Asia bersorak, melihat kejayaan itu sebagai satu pencapaian dalam memecahkan dominasi Barat terhadap dunia hiburan antarabangsa.

Kini, tumpuan dunia beralih kepada Oh Young Soo, pelakon veteran yang memegang watak ‘player 001’ dalam drama bersiri Squid Game.

Young Soo melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pelakon Korea Selatan pertama memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Golden Globe Awards 2022 yang diadakan pada 10 Januari lepas.

Di usia 77 tahun, Young Soo berjaya membuktikan ‘rezeki tidak pernah salah alamat’.

Seperti kebanyakan pelakon Asia lain, dia tidak pernah bermimpi untuk menggenggam trofi berprestij penganugerahan antarabangsa.

Dia mengetepikan nama-nama besar Hollywood seperti Kieran Culkin, Brett Goldstein, Mark Duplass dan Billy Crudup untuk anugerah tersebut.

Sebelum Squid Game, mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Ternyata, watak ‘player 001’ membawa tuah buat pelakon bertaraf legenda ini.

Young Soo memulakan ‘pelayaran’ sebagai pelakon sekitar 1963 menerusi sebuah pementasan di Korea Selatan.

Anak kelahiran Gyeonggi ini dibesarkan dalam persekitaran sederhana. Datuknya seorang guru dan pemilik hartanah yang dikenali.

Ayahnya terbunuh dalam peperangan sementara abangnya pula diculik tentera Korea Utara.

Pendedahan awal Young Soo dalam dunia seni adalah menerusi teater The Square yang dipentaskan pada 1963.

Namun dia pada ketika itu ber­peranan sebagai kru, bukan pelakon dalam pementasan ter­sebut.

Bermula dari itu, Young Soo memberanikan diri mencuba nasib sebagai pelakon.

Sepanjang perjalanan kerjaya, dia banyak terlibat dalam pemen­tasan ‘pecah panggung’ seperti A Confession for a Black Prostitute, Requiem for a Nun, A streetcar Named Desire dan banyak lagi.

Se­hingga 2013, Young Soo telah menjayakan 200 pementasan.

Squid Game yang ditayangkan di platform penstriman digital Netflix mencetus fenomena baharu sekali gus membuka laluan baharu kepada para pelakonnya.

Cuma Young Soo mungkin lebih bertuah apabila bakatnya diiktiraf penganugerahan antarabangsa itu.

Young Soo menerusi satu ke­nyataan yang dikeluarkan Netflix berterima kasih kepada semua yang menyokong drama tersebut.

“Selepas menerima khabar tersebut, buat kali pertama saya berkata pada diri sendiri, saya seorang lelaki yang baik.

“Kita bukan lagi ada di dalam dunia, tetapi dunia itu ada di dalam kita.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua. Saya doakan anda semua menjalani kehidupan yang indah. Terima kasih,” katanya.

Sumber: Soompi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya