Syura Badron akhiri status ibu tunggal - Utusan Malaysia

Syura Badron akhiri status ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Syura Badron selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Ejat, semalam.

Sekaligus, penyanyi lagu popular Nazam Berkasih itu mengakhiri status ibu tunggal yang dipegangnya sejak tahun 2015.

Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan isteri kepada penyanyi dan usahawan, Lan Solo, Sheila Razlan di entri Instagram miliknya.

“Terima kasih Ya Allah untuk perjalanan panjang yang membahagiakan untuk sahabat dunia dan akhirat ku ini.

“Panjang… panjang sangat. Tahniah mama @syurabadron dan suami. Kau layak untuk semua kebahagiaan ini,” tulisnya di Instagram.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah selain mendoakan pasangan itu berkekalan sehingga ke syurga Allah.

“Tahniah @syurabadron. Semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga. Amin,” komen penyanyi Fitri Haris.

“Tahniah @syurabadron. Semoga bahagia sampai ke Jannah. Amin,” komen juga penyanyi Farawahida.

“Alhamdulillah, tahniah @syurabadron. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Amin,” komen penyanyi Rosma.

Menjengah di entri Instagram Syura, dilihat memuat naik beberapa video semasa resepsi di Instastory.

Sekadar informasi, Syura sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly pada tanggal 29 Mac 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Bagaimanapun, mereka bercerai kali pertama sekitar November 2014 dan bercerai kali kedua pada bulan Ogos 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya