Siti Saleha sah bercerai talak satu - Utusan Malaysia

Siti Saleha sah bercerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Ahmad Lufti Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

Menurut laporan sebuah portal, lafaz cerai dilakukan bekas suaminya itu dihadapan Hakim Syarie kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Menurut pelakon drama 7 Hari Mencintaiku, dia mengakui perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodohnya dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun.

“Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik.

“Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap.

“Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa,” katanya kepada sebuah agensi berita tempatan.

Pada 13 Oktober lalu, pelakon itu mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perceraiannya dengan bekas suami.

Sekadar informasi, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.