“Pertama kali saya buat perkara-perkara tersebut” - Intan Najuwa - Utusan Malaysia

“Pertama kali saya buat perkara-perkara tersebut” – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat, Intan Najuwa mengakui watak Dilaila yang dilakonkannya di dalam drama terbaharu, Bunga Hati berbeza dengan karakter yang pernah dibawakannya sebelum ini.

Kata Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, watak tersebut cukup mencabar kerana melibatkan banyak adegan lasak yang memerlukan ketahanan fizikal.

“Dilaila agak lasak. Jadi ada adegan terjun sungai, masuk selut dan terjun bendang.

“Pertama kali saya buat perkara-perkara tersebut. Jadi ia menarik dan menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan,” katanya.

Kata anak kelahiran Johor Bahru ini, bekerja dalam musim pandemik cukup mencabar memandangkan banyak perkara yang perlu diambil kira dan dijaga lebih-lebih lagi soal keselamatan.

“Kena jaga prosedur operasi standard (SOP). Tak boleh cuai.

“Agak susah juga, sebab kerja dalam kumpulan dan orang ramai. Kena lakukan ujian saringan Covid-19 untuk pastikan semua sihat,” katanya lagi.

Tambah Intan lagi, selain proses penggambaran yang kebanyakannya diadakan di kawasan terbuka, dia, pelakon dan kru penggambaran yang lain terpaksa bergerak ke luar ibu kota memandangkan proses rakaman berjalan di Perlis.

“Banyak adegan luar. Jadi perlu berdepan hujan dan panas.

“Shooting pula dilakukan di Perlis. Oleh itu, kena sesuaikan diri di tempat orang,” tambahnya.

Disoal tentang pengalaman berlakon dibawah arahan pengarah Jamal Khan dan Che Mi, Intan memberitahu dia selesa lebih-lebih lagi kedua-dua pengarah saling membantu menjayakan karakter dilakonkannya.

“Jamal dan Che Mi sangat membantu untuk saya bawakan karakter. Untuk setiap adegan, kami sama-sama berbincang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya