Pentas akhir GV8, Adibah Noor tak tertekan - Utusan Malaysia

Pentas akhir GV8, Adibah Noor tak tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor mengakui tidak tertekan menjelang persembahan akhir Gegar Vaganza ke-8 malam ini.

Sebaliknya, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini berkata malam ini adalah malam untuk berseronok dan melakukan yang terbaik.

“Tidak, tak ada langsung (tertekan). Sudah sembilan minggu. Malam ini cuma nak berseronok. Belasah sahaja.

“Apa akan jadi, jadilah. Tak ada sebab untuk stress atau tertekan. Saya nak bersuka ria.

“Saya akan berikan yang terbaik. Walaupun berseronok, tak bermakna sambil lewa. Saya akan lakukan sehabis baik. Insya-Allah saya akan cuba sampai nota c itu dalam persembahan malam ini nanti,” katanya.

Diminta pandangan tentang harapan penggemarnya yang menganggap dia sepatutnya bergelar juara, Adibah layangkan komen tersendiri.

Katanya, dia hanya akan melakukan yang terbaik. Itu sahaja.

“Orang cakap saya legendlah, tak sepatutnya masuk GVlah. Mereka tak tahu pun saya ini siapa sebenarnya. Saya biasa-biasa sahaja.

“Ada yang menggambarkan saya berpeluang juara. Mungkin itu tanggapan mereka. Persepsi yang mereka simpan sewaktu melihat saya menyanyi bertahun-tahun dahulu. Sekarang nak nyanyi lagu tinggi melangit pun sudah tak mampu. Faktor usia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adibah mengakui akan merindui keakraban yang terbina dalam kalangan peserta sepanjang lebih sembilan minggu program tersebut bersiaran.

“Persahabatan kami memang sangat baik. Sudah seperti adik beradik. Tak ada rasa nak bersaing sangat. Kami akan sokong antara satu dengan lain. Di belakang pentas, bersorak dan menyanyi bersama.

“Apa juga yang berlaku malam ini adalah rezeki masing-masing. Pertandingan adalah urusan masing-masing. Tapi persahabatan dan keakraban kami itulah yang menyeronokkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya