Warganet tolak Datuk Seri Vida dijodohkan dengan Shuib - Utusan Malaysia

Warganet tolak Datuk Seri Vida dijodohkan dengan Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Bagai cempedak dibelah batang serai”

Itu reaksi penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman terhadap perkongsian sutradara terkenal, David Teo yang cuba ‘menjodohkan’ usahawan sensasi, Datuk Seri Vida dengan pelawak, Shuib Sepahtu.

Yasin menulis maklum balasnya itu apabila David memuat naik gambar kedua-dua selebriti tersebut berserta kapsyen di IG.

“Sesuai tak kalau mereka dua bersama? Bagai Pinang dibelah dua tak?” tulis David.

Rata-rata netizen tidak bersetuju sekiranya kedua-dua selebriti itu dijodohkan.

Ada yang menganggap bahawa Vida sebagai seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya justeru tidak sesuai mengasuh anak-anak Shuib.

“Nak cari, cari orang yang boleh dan dapat bersama-sama mengasuh anak-anak yang masih kecil.

“Bukan dengan orang yang sibuk kerjaya, kejayaan kemewahan dan wang ringgit tak boleh bawa mati.

“Nanti anak ke mana, ini cuma pandangan ikhlas,” tulis pemilik akaun IG, suedatozailani_ppt_pjk.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna IG, arthur_lester_alp menolak sekiranya dua selebriti itu dijodohkan.

Katanya, Shuib lebih sesuai dijodohkan dengan penyanyi popular, Siti Nordiana.

“sorry ya..tak sesuai. Tapi Siti nordiana, yes,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya