Natasha Hudson tampil 'freehair'? - Utusan Malaysia

Natasha Hudson tampil ‘freehair’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penampilan terbaharu pelakon Natasha Hudson, mengejutkan ramai pihak selepas dia memuat naik gambar dan video tidak mengenakan hijab di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon itu sedang melakukan aktiviti luncur air yang terletak di Kuantan, Pahang.

Malah, Natasha tampil tidak bertudung ketika hadir memberi sokongan terhadap Monsoon Wavescape Festival yang berlangsung di Pantai Pelindung, Kuantan.

Dalam perkongsian tersebut juga, dia hanya dilihat mengenakan baju-T rona putih dan topi berwarna hitam sedang menikmati keindahan pantai.

Natasha bagaimanapun menutup ruangan komen dan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung imej terbaharunya itu.

Terdahulu, pelakon filem Chermin itu mula berhijab pada tahun 2012 dan pernah berniqab sekitar 2016.

Kemudian, difahamkan Natasha tampil dengan imej tidak berniqab selepas mendapat keizinan untuk membuka niqab daripada suami keempatnya, Noor Nashriq Sekarnor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.