Kofta daging ala Asia Barat - Utusan Malaysia

Kofta daging ala Asia Barat

KOFTA daging enak dimakan dengan roti pita dan salad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOFTA adalah sajian bebola daging yang popular di Asia Barat. Sajian ringkas ini paling mudah dimasak.

Bebola daging yang dikisar kemudian dibentuk bulat sebesar bola golf ini biasanya menggunakan daging lembu, kambing atau ayam yang diperap dengan rempah lain untuk sebatikan rasa.

Resipi pertama kofta terdapat dalam buku masakan Arab iaitu Kofta Daging Kambing yang dicampur atau disebatikan dengan kuning telur dan saffron.

Terdapat pelbagai variasi menyediakan kofta ini. Kali ini Norrihan Arshad berkongsi resipi Kofta Daging ala Asia Barat tetapi versi Jitra, Kedah.

NORRIHAN ARSHAD

Menurut Norrihan, kofta yang dijual di restoran Turki atau Arab biasanya ditepek atas rod besi dan dipanggang atas arang. Boleh juga dikepal pada kayu sate.

Namun resipi kofta daging dari Jitra, Kedah oleh Norrihan hanya dikepal-kepal sahaja, kemudian dipanggang di atas kuali leper. Jom cuba!

Resipi Kofta Daging ala Asia Barat

Bahan-bahan kofta daging

1/2 kilogram daging cincang

1/2 biji bawang Holland dipotong halus atau dadu

Segenggam daun pudina dicincang halus

Segenggam daun ketumbar dicincang halus

1 sudu besar serbuk kofta mix atau shawarma mix

1 sudu kecil paprika

1 sudu besar garam bawang putih

1/2 cawan bread crumb atau serbuk roti

Cara-cara penyediaan
1) Gaul dan ramas semua bahan hingga sebati.
2) Kemudian ambil adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang diingini.
3) Panggang atau goreng di atas kuali leper yang tidak melekat. Letakkan sedikit minyak zaitun jika perlu.

Nota: Boleh juga lekatkan di atas rod besi (jika ada) dan bakar atas arang.

Bahan-bahan sos
(Anggaran satu mangkuk kecil)
Mayonis
Yogurt
Garam bawang putih
Sedikit minyak zaitun

Cara-cara penyediaan
1) Campurkan semua bahan kecuali minyak zaitun dan gaul sebati.
2) Kemudian akhirnya renjiskan minyak zaitun.
Bahan-bahan salad
Timun (dipotong)
Tomato ceri
(dibelah dua)
Bawang besar
(dipotong)
Daun ketumbar (dicincang)
Lemon (dihiris)
Sedikit gula dan garam

Cara-cara penyediaan
1) Gaul semua bahan dan sejukkan dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya