fbpx

Ini adalah rancangan realiti paling istimewa – Mark Adam

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Mark Adam menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana terpilih untuk menjadi peserta dalam program Hijrahkan Laguku yang menutup tirainya Sabtu lalu.

Kata Mark, banyak ilmu bermanfaat serta kebaikan yang dipelajarinya menerusi program yang ditayangkan di TV Alhijrah itu.

“Banyak yang saya pelajari dalam program ini. Keluarga, silaturahim, Allah, kesabaran dan penghijrahan. Saya banyak berubah dari segi kebaikan.

“Setiap minggu, ada ustaz yang dijemput untuk memberi tunjuk ajar. Bagi saya, ini adalah rancangan realiti paling istimewa yang saya dapat masuk.

“Saya bertuah diajak masuk ke dalam program ini. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Pentas akhir program realiti Hijrahkan Laguku menyaksikan penyanyi Shahir Zawawi dinobatkan sebagai juara.

Zahir yang memenangi hadiah wang tunai RM100,000 mengenepikan pencabarnya termasuk raja dangdut Malaysia, Iwan Syahman, Datuk Nash dan Mark Adam yang berkongsi kedudukan di tempat kedua.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN