Azhan Rani kemalangan motorsikal, keadaan stabil

Azhan Rani kemalangan motorsikal, keadaan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Azhan Rani terlibat dalam kemalangan motorsikal dan keadaannya stabil dan dalam pemantauan pakar.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon filem popular Istanbul Aku Datang, \eto Kusyairy, menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Beto, keadaan pelakon itu mulai stabil dan masih dalam pemantauan pakar.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Amanah dari sahabatku Azhan Rani.

“Duka cita ingin menyampaikan pada semua yang dia telah terlibat dengan kemalangan motorsikal pada tengahari semalam.

“Alhamdulilah, keadaan stabil dan masih dalam jagaan pakar,” katanya.

Mengulas lanjut, Beto turut memaklumkan Azhan meminta maaf kepada semua pihak yang cuba menghubunginya untuk bertanya tentang kejadian ini.

“Pada semua sahabat, kenalan serta wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi.

“Dia memohon maaf kerana tidak dapat nak menjawab segala panggilan peribadi dan mesej untuk sementar waktu ini.

“Namun, dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya,” ujarnya lagi.

Di kesempatan itu, Beto meminta orang ramai sama-sama mendoakan agar pelakon drama Nur itu diberikan kesembuhan seperti sedia kala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.