Saya minta maaf jadi penyumbang statistik Covid-19 - Rashidi Ishak - Utusan Malaysia

Saya minta maaf jadi penyumbang statistik Covid-19 – Rashidi Ishak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Disahkan dijangkiti wabak Covid-19, pelakon, Rashidi Ishak, 48, memohon maaf kepada semua pihak kerana menganggap dirinya menjadi antara penyumbang kepada statistik pesakit wabak tersebut dalam negara.

Perkara itu diluahkan oleh Rashidi menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya selain menjelaskan dirinya sebelum ini juga sudah menerima dua dos vaksin mengikut saranan pihak kerajaan.

“Saya minta maaf menyumbang kepada statistik kes Covid-19. Sumpah tak best sakit ini. Saya yang dah ada dua dos vaksin pun masih sakit tahap gaban dan kini bermulalah staycation 10 hari yang tak dirancang,”katanya.

Menceritakan pengalamannya, pemegang watak Razif dalam drama bersiri Kampung People ini memberitahu, dia telah pun membuat ujian calitan ketika berada di set penggambaran dengan keputusannya, negatif.

“Saya buat kuarantin kendiri di rumah. Tapi bila dua hari lepas saya tiba-tiba demam teruk dan badan sakit-sakit, saya beritahu pihak produksi. Mereka uruskan doktor datang ke rumah buat ujian calitan lagi dan kali ini, sah saya positif.

“Doktor itu cakap jangan panik, ambil ubat dan pantau sendiri keadaan. Dia akan lapor pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada sebelah petangnya, pegawai kesihatan hubungi saya dan tanya soalan-soalan lazim kepada pesakit Covid-19 dan dijawab oleh saya dengan tenang. Dia minta saya pergi pusat penilaian Covid (CAC) terdekat. Dia hantar kat aku semua pautan berkenaan wabak dan saya pun buat permohonan secara atas talian,”katanya.

Tambah Rashidi, dia juga terharu kerana pihak penerbit turut menghulurkan bantuan tanda prihatin dengan menghantar stok makanan dan juga alat oxymeter ke rumahnya.

“Jadi pagi semalam saya pun pergilah ke CAC Nilai dengan keadaan yang sakit-sakit satu badan, kepala berdenyut-denyut.

“Saya disambut oleh pegawai-pegawai perubatan dan selepas membuat pemeriksaan asas pun dikawal selia oleh doktor, tekanan darah dan tahap oksigen,”katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Rashidi sempat menasihati semua pengikut dan warganet secara amnya untuk memastikan sentiasa menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Kalau anda semua ada simptom-simptom, pergilah segera buat pemeriksaan. Jaga diri dan kekal selamat,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya