‘Prinsip’ membawa rebah? - Utusan Malaysia

‘Prinsip’ membawa rebah?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau sebut nama penyanyi ini, mesti ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya satu bakat besar dalam industri itu. Seperti sudah lama tidak dengar khabar seni daripada penyanyi wanita itu.

Poklip sendiri hairan, kenapa seorang yang punya suara lunak dan gaya nyanyian tersendiri seperti sukar diterima oleh peminat? Seperti ada satu ‘tembok’ yang memisahkan dia daripada populariti.

Bukan Poklip pentingkan sangat glamor itu tetapi sebagai seorang artis,sedikit sebanyak populariti itu membantu kita dalam menjana pendapatan. Sekurang-kuranganya ada peminat dan dikenali.

Tetapi rupa-rupanya, penyanyi ini punya prinsip sendiri. Dia tidak kisah tentang popular, dia hanya akan mengikut gerak hati dan cara sendiri. Namun sayang, dia juga dikatakan punya perangai yang bertaraf ‘diva’.

Eh kalau nak kata hebat sangat tidaklah, cuma berbakat itu ya. Tetapi kalau nak kata layak dilayan seperti artis nombor satu negara, maaf sangat jauh dik! Belum sampai tahap itu lagi pun.

Tetapi itulah yang dikatakan prinsip membawa rebah. Dia mahu semua menghormatinya namun dalam pada masa yang sama, melayan orang sekeliling termasuk pihak pengurusan seperti sampah.

Tak baik buat macam itu. Yang awak layan seperti sampah itu yang membantu awak di kala memerlukan sokongan. Tidak elok melayan sesiapa sedemikian hatta awak penyanyi nombor satu dunia pun.

Tapi tak mengapalah, dia pun seperti tidak berminat dalam dunia muzik sekarang. Biarlah dia dengan sikap ‘divanya’. Kalau dilayan, sakit hati. Tak gitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya