Night, Mother dipentaskan tahun depan - Utusan Malaysia

Night, Mother dipentaskan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Buat julung kali, Night, Mother sebuah karya nukilan Marsha Norman bakal dipentaskan sekitar Januari tahun depan.

Pementasan istimewa ini akan dihidupkan di PJPac One Utama bermula 6 hingga 16 Januari 2022.

Night, Mother mengisahkan penceritaan psiko dramatik membabitkan dua watak penting, Jessie dan ibunya, Thelma.

Penonton akan disajikan lakonan mantap penuh emosi dalam set pementasan minimal iaitu ruang tamu dan bahagian dapur sebuah rumah terpencil.

Night, Mother juga menyaksikan penampilan sulung penggiat teater, Pat Gui sebagai pengarah.

“Selepas 30 tahun berkecimpung dalam pengurusan pentas dan produksi, kali ini saya memilih untuk beralih angin kepada seni pengarahan,” katanya.

Dalam pada itu, pementasan ini menampilkan dua pelakon hebat, Sukania Venugopal dan Anitha Abdul Hamid sebagai teraju utama.

Tiket boleh dibeli di www.onetix.com.my pada harga RM95(tidak termasuk yuran tiket).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.