“Mummy sebenarnya takut naik motor, rasa ngeri…” -Rebecca Nur Al Islam - Utusan Malaysia

“Mummy sebenarnya takut naik motor, rasa ngeri…” -Rebecca Nur Al Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Datin Nur Rebecca Al Islam, mendedahkan dirinya sebenarnya mempunyai rasa takut dan fobia apabila setiap kali menaiki motorsikal.

Menerusi entri Instagram, Rebecca memuat naik beberapa perkongsian sewaktu dia dan suami tercintanya, Datuk Nor Azam Sulaiman keluar mencari sarapan pagi menaiki motorsikal, sekaligus mendedahkan perkara tersebut.

Menurut ibu kepada lapan orang cahaya mata itu, dirinya akan bertambah takut dan risau apabila motorsikal yang dinaikinya bersebelahan dengan kereta atau lori besar.

“Alhamdulillah, pagi tadi (semalam), pukul 8 pagi dah pusing-pusing bersama cinta mencari sarapan pagi. Secara terus terang Mummy sebenarnya takut menaiki motorsikal.

“Rasa ngeri sangat-sangat, tambah pula tiba-tiba kereta atau lori besar lalu laju di sebelah. Allahuakbar, takut,” dedahnya di Instagram.

Bagaimanapun, dia sempat menzahirkan rasa kagum terhadap mereka yang bergelar ‘rider’ untuk mencari rezeki.

Pada masa sama, pelakon itu menitipkan doa buat semua penunggang motorsikal agar sentiasa dipermudahkan serta dilindungi Allah ketika di jalan raya.

“Mummy memang tabik spring kepada abang atau kakak rider yang membawa motorsikal sentiasa. Malah, sentiasa ada di atas jalan raya untuk mencari rezeki.

“Mummy doakan semua sentiasa selamat dan sentiasa dipermudahkan kerja pada setiap perjalanan di jalan raya. Semoga Allah sentiasa melindungi rider semua,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji keakraban hubungan dia dan suami tercintanya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.