MOTAC anjur PMSB: Nostalgia Zaman Silam - Utusan Malaysia

MOTAC anjur PMSB: Nostalgia Zaman Silam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMSB): Nostalgia Zaman Silam.

Program yang berlangsung pada 4 Disember lalu itu telah diadakan di Kampung Bendang Bukit, Pendang, Kedah.

Ia telah dirasmikan Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan merangkap Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah, Mohd. Firdaus Ahmad.

Turut hadir adalah Timbalan Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Norazman Othman dan Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan cara hidup orang Melayu zaman dahulu merangkumi adat resam, busana, seni bina, makanan dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, ia juga turut dianjurkan untuk mempromosikan perkampungan Adat Melayu Seri Banian sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri tersebut.

Dalam pada itu, sejumlah RM54,600 telah disumbangkan kepada dua persatuan dan sebuah institusi pengajian tinggi. Selain itu, empat persatuan turut menerima sumbangan kostum manakala sebuah kumpulan perantisan telah menerima sumbangan alat muzik.

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd. Yusop berharap sumbangan yang diberikan dapat terus menghidupkan seni budaya yang menjadi identiti negara kita.

“JKKN berharap sumbangan ini dapat membantu penggiat untuk terus menyemarakkan seni budaya sungguhpun kita masih dalam situasi pandemik,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN