“Ibu saya wanita bertatu tetapi…” -Puteri Baqlis jawab dakwaan kuat memberontak dan lupa Tuhan - Utusan Malaysia

“Ibu saya wanita bertatu tetapi…” -Puteri Baqlis jawab dakwaan kuat memberontak dan lupa Tuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis tampil memberi respon berhubung persoalan warganet yang bertanyakan sama ada dirinya seorang yang memberontak dan tidak ingat Tuhan.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Akulah Balqis itu menjawab persoalan berkenaan selepas ada seorang netizen bertanya menerusi ruangan Ask Me di Instastory.

“Hello adik, orang kata adik memberontak dan tidak ingat Tuhan. Apa yang adik belajar dari ibu?” tanya seorang warganet menerusi ruangan tersebut.

Mengulas lanjut, Balqis menyatakan walaupun ibunya seorang wanita bertatu, namun dia selalu membantu haiwan biarpun sekecil serangga.

“Terima kasih untuk soalan ini. Ibu saya wanita bertatu, sentiasa menolong haiwan sekecil serangga, tidak ada media sosial, mengelakkan diri dari manusia kerana tidak mahu mengumpat dan mengeji.

“Berterima kasih kepada rumput yang dipijak, memohon maaf kepada haiwan-haiwan yang dikhianati,” jawab di Instastory.

Selain itu, pelakon itu turut berkongsi ibunya juga seorang yang rajin bersedekah kepada pekerja pemotong rumput dan tukang sapu sampah.

“Setiap hari dia akan berjalan dan bersedekah kepada pemotong rumput dan tukang sapu sampah.

“Ini doa ibu saya setiap hari, ‘Wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hamba Mu, termasuk tumbuhan dan haiwan. Semoga seluruh hamba Mu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan’,” katanya.

Terdahulu, penampilan terbaharu Balqis yang dilihat memakai skirt pendek dan stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak telah mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai keadaan terkini figura berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya