“Arwah pesan sampaikan salam kepada rakan-rakan” - ‘Amanat’ terakhir Allahyarham Gmie buat Fuad - Utusan Malaysia

“Arwah pesan sampaikan salam kepada rakan-rakan” – ‘Amanat’ terakhir Allahyarham Gmie buat Fuad

ALLAHYARHAM HAJMI IBRAHIM atau Gmie
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurus kepada penyanyi dan vokalis kumpulan terkenal 90-an, Gmie Screen, Fuad Misbah mengesahkan berita pemergian penyanyi itu, pada pagi ini.

Menurut Fuad, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Dedah Fuad, Allahyarham sudah hampir dua tahun menghidap penyakit buah pinggang berlubang dan tiada sejarah penyakit yang lain.

“Sakit buah pinggang. Sudah hampir dua tahun sebenarnya arwah menghidap penyakit buah pinggang berlubang ini. Bagaimanapun, arwah tiada penyakit yang lain.

“Sebelum dihantar ke hospital, arwah mengalami pengsan di rumah dan keluarganya terus bergegas membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Fuad berkongsi dia mimpikan arwah sewaktu tidur malam semalam dengan arwah sempat menitipkan pesanan terakhir buatnya untuk disampaikan kepada orang yang dikenali.

“Sebenarnya kami tidak sempat nak berjumpa arwah, cuma saya ada mimpikan arwah malam tadi.

“Dalam mimpi itu, arwah sempat menitipkan pesanan agar menyampaikan salam kepada semua rakan-rakan. Itu sahaja,” ujarnya.

Informasi terkini, Fuad memaklumkan jenazah Allahyarham dikebumikan pada pagi ini, di tanah perkuburan Islam Batu 9 Kampung Medan, Sijangkang, Selangor.

Memetik laporan Awani, anak perempuan Allahyarham, Siti Hadirah memberitahu bapanya kurang sihat dan hilang selera makan, beberapa hari sebelum ini.

Kemudian, arwah bapa tercintanya juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN