Aplikasi pemeriksaan virtual Covid-19 - Utusan Malaysia

Aplikasi pemeriksaan virtual Covid-19

Platform teleperubatan menyediakan saringan Covid-19 secara virtual yang disahkan pengamal perubatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hari ini banyak kit ujian saringan Covid-19 terdapat dipasaran. Namun kit mana yang memberikan keputusan mudah, paling tepat dan diyakini?

Baru-baru ini Syarikat Teknologi kesihatan Homegrown CLEA memperkenalkan kit Covid-19, CLEA, aplikasi pemerkasaan Covid-19 secara virtual yang pertama di negara ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CLEA Dr.Chan Hai Feng, berkata ia dicipta bagi menangani pelbagai jurang yang diperlihatkan sewaktu berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, meskipun saringan secara besar-besaran di tapak saringan digalakkan untuk mendiagnosis kes baharu secara tepat, ia boleh mendedahkan orang ramai kepada virus selain memakan masa yang lama demi penyaringan.

“Kami yakin prosedur ini boleh dipertingkatkan lagi. Menerusi gandingan dengan rakan-rakan perubatan yang dipercayai, kami berhasrat untuk memudahkan rakyat, di samping memastikan mereka berasa dilindungi tidak kira di mana sahaja berada.

“Selain Covid-19, kami percaya CLEA akan menjadi aset penting dalam membantu masyarakat memerangi sebarang penyakit mudah berjangkit, sekali gus memastikan rakyat sentiasa bersiap siaga dari segi perubatan dan dilindungi daripada sebarang wabak pada masa hadapan,” katanya.

Produk berkenaan adalah hasil kerjasama dengan jenama kit ujian kendiri, Gmate yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ia memaparkan kod QR yang menghubungkan pengguna ke aplikasi untuk menjalankan saringan individu secara virtual.

LEBIH MUDAH
Meskipun kini kit ujian kendiri lebih mudah diakses, namun keputusannya mungkin kurang tepat kerana kebanyakannya telah dijalankan dengan sendiri tanpa pengesahan dari pihak perubatan profesional.

Sehubungan dengan itu, CLEA memperkemaskan saringan kendiri Covid-19 dan memastikan keputusan itu disahkan oleh doktor perubatan yang berkelayakan.

Selain menjamin ketulenan ujian kendiri itu, aplikasi itu merupakan kaedah penyaringan yang mampu dimiliki kerana tidak membabitkan perundingan secara fizikal. Ia turut dapat mengurangkan risiko jangkitan, menghindari sentuhan fizikal serta menjimatkan masa ketika melakukan saringan Covid-19 kendiri.

Melalui ciri rakaman dalam aplikasi tersebut, pengguna boleh menyerahkan ujian mereka kepada rakan-rakan kerjasama perubatan CLEA, terdiri daripada doktor bertauliah dilengkapi dengan panel pengesahan yang dapat mengesahkan identiti beserta keputusan dalam hanya 24 jam.

Selain itu, ketulenan ujian dapat dijamin dengan kod TAC serta keputusan boleh dilihat dan dimuat turun pada bila-bila masa.

Selepas selesai pengesahan, pengguna akan menerima sijil yang dapat digunakan sebagai pas kemasukan ke mana-mana premis memerlukan paparan laporan ujian saringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×